Search This Blog

Friday, December 15, 2006

Sharing : Sedikit cara ambo mengurus e-mel

1. Muqadimmah

Bila ambo cuba fikirkan untuk menulis rencana ini untuk kita kongsi bersama terlintas di kepala ambo tentang satu doa yang pernah di baca oleh seorang ahli sufi yang berbunyi “Ya Allah, bebaskan lah daku dari lautan nama-nama ini”. Dalam konteks memberi pengertian kepada sesuatu perkara, ianya amat bergantung kepada sikap seseorang sama ada jenis optimis atau pessimis. Serupa kata sesetengah orang bila seseorang tenggok air dalam gelas – dia boleh kata gelas itu separoh penuh atawa separoh kosong. Dalam konteks doa yang disebut diatas ambo terjemahkan doa itu sebagai satu permohonan untuk menjadikan lautan nama-nama atau benda-benda berkaitan kepada satu perkara yang boleh di uruskan bukannya satu doa untuk melarikan diri dari lautan itu. Memandangkan nama-nama banyak la ni, terutama nya hak jenis teknikal maka ambo terpaksa guna juga istilah inggeris asal kerana kurang arif dengan terminologi dalam bahasa Malaysia.


2. Benda yang ambo guna

Benda yang ambo guna untuk urusan e-mel adalah

2.1 Streamyx.

Ambo telah menyelia atau monitor, berapa kos sekiranya di gunakan dial up tmnet dan mendapati kosnya melebihi langganan broadband streamyx. Ini memandangkan anak-anak ambo pun guna juga. Atas pandangan ‘minister of home affairs’ ambo, ambo tidak menyekat anak sekolah menengah keatas untuk menggunakan nya.

Ambo rasa berbaloi kerana anak ambo selain dari bertukar-tukar emel dengan kawan mereka yang berada di sekolah lama / dulu. Mereka berhubung melalui e-mel dan friendsters dan download filem-filem dan siri-siri TV. Mereka juga telah jadi lebih kreatif dan arif dari ambo hingga ambo boleh belajar daripada mereka. Perlunya broadband bertambah lagi sebab ambo sendiri pun suka melawat akhbar dan website alternative seperti Democracy Now, Counterpun,IRNA ( Islamic Republic News Agency ), Ynet, Aljazeera dan Muslimedia International (ini adalah website pengeluar Crescent International, sesiapa yang belajar di UK / Seberang laut mungkin biasa mendengarnya, Crescent International di haramkan di Malaysia sekitar tahun 1995 oleh kerajaan Tun Mahathir). Tujuan untuk mendapat berita mengikut pandangan mereka, yang tidak boleh di dapati melalui CNN dan RTM. Contohnya kalau nak tahu pasal isu panas di Malaysia seketika dulu, ia itu “Bank Negara main penukaran mata wang asing (Pound Sterling)” sepenuhnya, eloklah melawat juga “blog” Kit Siang. Tapi, ni tidak bermakna ambo sokong Kit Siang atau ahli DAP. Sesiapa di antara pembaca yang ada binari logik tolong ubah sikit pemikiran.

Ambo di Machang tiada pilihan lain melainkan Streamyx untuk perkhidmatan broadband. Satu lagi baiknya broadband. Kita boleh guna Komputer dan talian talipon sekali ( bersama dalam satu masa ). Kalau dengan Tmnet dial up kena guna salah satu, samada e-mel (computer) atau talipon, kecuali dengan guna dua line satu khusus untuk talipon dan satu khusus untuk tmnet dial up baru boleh guna kedua sekali ( bersama dalam satu masa ). Dengan broadband, walaupun satu line kalau ada call in ianya tidak memaksa pengguna computer yang melayari lamanweb berhenti.

2.2 Firefox sebagai Browser melayari alam siber.

Ambo dapati firefox lebih baik daripada hak Microsoft buat, internet explorer. Firefox tiada pop-up, iklan dsbnya. Firefox senang di dapati dari websitenya dan boleh download percuma sahaja. Firefox ini di perkenalkan oleh anak ambo. Firefox ambo guna untuk melawat websites, melayari alam siber. FF2 tidak mudah terganggu seperti IE6 atau IE7.

Walapun Bill Gates merahsiakan Operating System dia, hinggakan Microsoft kena denda ANTI-TRUST di Eropah baru ini. Firefox antara yang bagus dan senang untuk digunakan dengan Microsoft Windows. Cuma di ingatkan disini bila nak download pastikan version windows anda boleh menerima software yang di kehendaki itu.

Selain dari firefox (FF2), dalam PC ambo ada browser lain seperti Avant, Opera dan IE7. Ambo baru install flock yang di minati oleh anak ambo hok form three untuk friendster dia. AOL browser ada ambo download tapi telah uninstall kerana di dapati slow. Ambo boleh kata the fastest dan kurang kerenah sekali adalah Firefox2.

Firefox, FF juga membenarkan communiti untuk membina addons dan extension untuk browser FF. Ambo tahu hal ini apabila ambo bina personal google pages ambo. Yahoo pun ada function ini, untuk membuat personal pages. Masing boleh buat addon dan extension mengikut selera dan kehendak hati masing-masing. Sekiranya sesiapa nak cuba bolehlah masuk komuniti Google firefox mozilla thunderbird tersebut. Jadi banyaklah addons dan extension Firefox dan Ambo happy kerana kita boleh pilih untuk download addons dan extension kepada browser FF2 itu mengikut selera dan keperluan kita.

2.3 Email Address (Addy)

Ambo pakai melebihi tiga “e-mail address” yang berkekalan streamyx, yahoo dan gmail. Dulunya semua ID sama tapi sebab lupa password yahoo, terpaksa tukar ID Yahoo, sebab ID bila ada dah di guna orang kita tidak boleh guna lagi. Jadi dari segi yahoo ID hok ambo dulu telah digunakan orang. Untuk ringkas dan cepat dapat khidmat yahoo balik ambo buat ID lain dengan password baru.

Streamyx ambo guna untuk urusan peribadi yang “official” seperti berurusan dengan “utility companies”- seperti air, api, telekom, Pihak atau Badan Kerajaan, Bank dan kelab. Streamyx agak leceh untuk posting kita tidak boleh tunggu lama akan keluar “session out”. Kalau slow atau typing panjang habis. Gapo lagi kalau nak tingal posting dan melayari web semula, kaedah streamyx ini tidak membolehkan kita optimize “tab browsing”. Kalau banyak guna dtreamyx akan keluar “WTF!”.

gmail ambo guna untuk egroups. Memandangkan “memory” gmail besar, berita dan rencana dari Malaysiakini dll (seperti yang kita boleh arahkan “Yahoo Alert” misalnya berkenaan Irag) juga diterima melalui gmail dalam spam yang akan dibuang dengan sendiri selepas 30 hari kalau tak penuh atau dengan prinsip “first in first out (FIFO)”. gmail juga ambo guna untuk berurusan dengan AJK PERWI untuk membezakan dengan mel biasa.

gmail ini lain sikit cara penyusunan mel dengan Yahoo, setiap mel disusun mengikut satu rangkaian susulan perbualan itu, jadi amat sesuai dengan group yang aktif yang perbincang berdasarkan tajuk dan banyak tajuk dalam satu hari dibincang. Ianya tidak sesuai dengan group yang tidak aktif, tidak berbincang secara bertajuk dan banyak mengirim attachment seperti rencana dan gambar. Begitu juga dengan googles group – bagus untuk perhubungan “perkataan bertulis”, tiada simpanan database atau gambar di dalam “grouppage” nya.

Sekarang ini ambo edit rencana lama. Paragraph di atas tidak sesuai dan tepat lagi. Ada boleh guna picasa2 untuk gambar-gambar. Kebelakangan ini gmail telah improve dan berkembang begitu cepat dan pesat sekali. gmail pun sesuai untuk attachment dan gambar-gambar. Google group beta begitu hebat sekali sehingga ada yang telah hijrah (migrate) dari yahoo group ke google group. Yahoo pun kebelakangan itu membuat revision dalam business nya untuk bersaing dengan google.

Cara Yahoo menyelesaikan berbualan berangkai ini juga lucu sikit. Misalnya apabila seorang membalas kemudian seorang lain menjawap kemudian seorang lagi kemudian seorang lagi mengulas, sekiranya kita guna versi yahoo melayu akan keluar tajuk, “balasan balasan balasan”. Anda boleh fikir apa akan jadi sekira rangkaian perbualan itu telah melebihi “double digit” (berbelas atau berpuluh).

Satu lagi yang perlu di atasi adalah “double posting” kepada kita. Ini berlaku apabila ada overlapping “egroup” yang kita sertai berhubung dengan keahliannya. Mithalnya Batch ambo dengan egroup Alumni ambo. Cara ambo atasi ialah dengan memilih satu e-mail yang mengeluarkan beberapa ayat di bawah tajuh nya. Dengan melihat ayat tesebut ambo boleh tahu samaada telah membacanya atau belum. Kalu telah ambo boleh terus hit “DEL”.


2.4 Untuk Keluargawanishak egroup

Yang paling sesuai digunakan untuk keluargawanishak ialah yahoo. Ada kelebihan lagi selain dari kemudahan untuk memasuki webpage dan lihat kesemua apa yang ada di situ seperti database, gambar, files, links berkaitan dan boleh pakai voice mails dan IM (Instant Messaging). Perkara yang teknikal tertulis di ruangan ini ambo serahkan kepada yang lebih arif, dalam AJK ICT, untuk menghuraikan cara penggunaan nya.

Dari segi menyimpan nama-nama ahli, cara ambo buat adalah dengan menggunakan ruangan First Name mengisi nama/gelaran ahli misalnya “Na” dan ruangan Last. Last Name ambo isi nama kelaurga misalnya “Mok Ngoh”. Ambo sort arrangement dengan Last Name. Sebab itu, kalau ambo mail dengan cara “first principle” – dari Compose and menggunakan “insert addresses” – akan keluar “Na Mok Ngoh<>”. Dengan cara begini ambo dapati senang untuk cari seseorang. Misalnya nak cari Kak Mie, Ambo cari Che Nab, dan boleh “tick” sahaja untuk hantar emel kepada Kak Mie. (Nota, version Beta telah di ubah fungsi ini).

Satu lagi kita boleh buka dan buat list. Cuba tenggok menu Address. Ada satu “LIST”. Sebagai contoh ambo buat list untuk senaraikan anak beranak Arwah Wan Som. Ketika hendak hantar email dalam mode “insert Address”, klik “Categories” kemudian boleh klik nama list tersebut misalnya “wansom” semua nama yang ambo senaraikan itu akan keluar di ruangan “TO”. Tidak perlu taip banyak kali yang akan boleh menyebabkan ada kesilapan menaip. “List” kita boleh adakan dengan menggunakan “Last Name”, letakan semua yang “Last Name” yang sama dalam satu list (ini berdasarkan versi original, bukan Beta, belum cuba dengan Beta).

Kegunaan “List” pada pandangan ambo akan menjadi penting di egroup “keluargawanishak”. Dulu ambo pernah sarankan untuk menggunakan kaedah ini bagi kumpulan yang pejabat mereka telah “block” mel egroup ( orang gomen la ). Sebabnya age group, professional group dsbnya dalam egroup keluarga ini amat luas. Mungkin puak Che Gu nak bincang hal berkaitan dengan penguruan mereka saja. Atau pun mungkin “contents” ada hal yang melanggar AUKU ataupun age limit. Ataupun mungkin hanya untuk orang yang pandai cakap Jepun sahaja, ha..ha! Third language will be very fashionable soon as we go Global! Jadi masing “sub-group” ini hanya perlu buat “list” sahaja dan tidak perlu buat e-group.

Satu lagi kegunaan “LIST” adalah bila ada di antara kita yang menggunakan Secretary di Pejabat, selalu on the move dengan tugasan dan mengarahkan / delegate the secretary membuka emel kita. Tentulah hanya mel yang resmi/official, seperti perhubungan antara AJK yang sesuai untuk di baca oleh Secretary. Jadi “office email address” hanya diletakan didalam “LIST AJK” dan address lain seperti Yahoo atau gmail di letakan didalam egroup untuk hubongan harian – yang ada kala sedih, ada kala serious dan ada kala gelak ketawa dan bukan untuk “consumption” orang luar seperti secretary kita.

gmail ada satu fungsi group, fungsi ini boleh digunakan dan diadaptasi untuk tujuan “LIST” seperti Yahoo.



Hal-hal teknikal lain seperti masok gambar, buat album, voice mails, hantar video, instant messaging dan sebagainya ambo tinggal ko orang lain untuk teruskan ruangan ini.


3. A Caveat – clearing the air

Ambo tulis rencana ini sebagai permulaan sharing dalam bab ICT. Kita tahu dan faham isu hok di bincang ini isu teknik saja. Jadi kita selalu dengar, “there is more than one way to skin a cat”. Bukan satu cara untuk melepah kulit kambing. Cuma orang India kata orang Melayu gatung kambing kepala keatas sebab itu kambing Melayu lepah berbau. Orang India gatung kambing kepala kebawah ketika melepah kulit jadi tidak berbau. Itu lah moralnya.

Mungkin ada cara lain hok molek lagi dari segi teknik mengendalikan apa yang ambo telah huraikan, silalah kemukan dan buat kita faham – ambo pun nak tahu jugak dan gunapakai gapo hok sesuai dan sejiwa dengan selera ambo. Kita nak achieve “personal satisfaction and optimization” in using ICT. That is Rome. And we know that there is an English proverb, that says “all roads lead to Rome”.

<the article will be rendered into English for the benefit of our English readers >

Ma6 matlesen
Dec 2006 AD

Search Box

Lap Top Security

Software Migo

ALL 4 WEBS

Computers, Software, Peripherals

PCSecurityShield

Search BoX